Saturday, May 14, 2011

upan untuk pecah belahkan OA

pada 18 april jam 10.25: di kg Tekir - JKOA n jabatan agama islam NS telah mengumpan OA dengan memberi 10 kilogram beras. bagi yang islam beras yang diberi berjenama baik yang bukan islam beras subsidi saja dan itupun tidak cukup untuk semua masih keluarga ramai keluarga yang hadir tidak dapat. untuk menarik orang kampung hadir kemajlis itu mereka telah jemput YB adun. Adun telah menyampaikan beras pada yang islam dalam dewan tadika kemas, manakala yang bukan islam diarahkan ambil sendiri di luar dewan. setiap yang ambil beras tersebut diarahkan tulis nama dan sain. sebelum itu adun dalam ucapannya mengingatkan penduduk kampung supaya tidak dengar dakyah dari pihak tertentu yang memburukan kerajaan dan mahu memecah belahkan perpaduan 1 malaysia. Sebab katanya kerajaan pun banyak mendorong OA dari segi pembangunan.

Sunday, June 6, 2010

dianggap penceroboh wilayah adat sendiri


Yok Tuwok a/l Senureh seorang penduduk dari kampung Menrang Sungkai telah ditahan dan dibawa kebalai polis Sungkai, Bidor dan Tapah oleh 2 orang pengawai perhilitan. tarikh kejadian 5hb. June 2010 jam 4.15ptg. 2 pegawai perhilitan tersebut telah terserempak dengan Y.Tuwok bersama anaknya dibagan menyimpan motor. pada hari itu Yok Tuwok masuk hutan bersama seorang anak lelakinya yang berusia 14tahun. Mereka mencari pohon geharu yang telah reput untuk dikutip dan dibawa kerumah. Yok Tuwoh telah disergah dan ditengking oleh 2 pegawai ini dengan tuduhan bahawa Y. Tuwoh mengambil geharu dan melalui kawasan sempadan mergas tua yang mana menurut pengawai ini kesalahanya sama seperti mengambil barang didalam kawasan mergas tua. Puas Y.Tawok menjelaskan bahawa jalan yang dilalui ini adalah jalan yang telah diguna oleh penduduk kampung semenjak dari nenek moyang lagi bukan jalan baru. Namun Y.Tuwok tetap juga dibawa kebalai polis Sungkai, Bidor dan Tapah. Sebilah kapak, sebilah pisau dan segemgam serpihan geharu telah dirampas oleh ke 2pegawai tersebut. hari ini 10 orang wakil dari 5 kampung sekitar Sungkai telah menemui saya melapurkan kejadian ini. mereka sangat bimbang dan sedih kerana nampaknya kebebasan mereka keatas wilayah adat mereka sudah terancam. mereka seolah pendatang didalam kawasan wilayah adat mereka sendiri.


Monday, May 10, 2010

sekolah bukan penyelesaian kepada isu OA

bengang dibuatnya bila pikirkan pandangan orang pada orang asli, apa tidaknya cakap saja pasal orang asli semua akan pikir soal kemiskinan yang dihadapi. dan orang-orang ini akan bercakap soal penyelesaian kepada kemiskinan ini iaitu anak-anak orang asli harus keluar dari pendalaman hadiri sekolah-sekolah yang wujud bagai cendawan tumbuh. kerana alasannya hanya dengan bersekolah, berpendidikan dan berilmu saja orang asli akan keluar dari kancah kemiskinan ini.

salahkah pendapat ini?
tidak salah tapi soalnya adakah hanya ini satu-satu jalan penyelesaian? berapa anak-anak yang boleh dihantar/hadiri sessi persekolah, berapa lama masa yang perlu ditunggu mereka habis alam persekolahan dapat kerja dan berjaya. bukankah tempoh ini sangat lama dan ketika/semasa tempoh menunggu OA lain sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. siapa dan bagaimana masalah ini harus diselesai.

sepatutnya isu Orang Asli harus diselesaikan dengan mencari punca yang sebabkan masalah miskin tegar muncul. kerana kemunduran dan kemiskinan tegar yang dihadapi oleh Orang Asli bukan keadaan semulajadi tetapi ia timbul disebabkan dasar dan polisi pelbagai aspek yang negara kita cipta. yang mana hampir kesemuanya mengorbankan kehidupan, masa depan, sejarah, lagenda, adat budaya dan jatidiri Orang Asli. dan sekali gus membunuh hak asasi Orang Asli sebagai Penghuni Asal kepulauan ini. Atas nama pembangunan, kemajuan, kemodenan dan kecanggihan teknoloji berdaya saing kebanyakan Orang-orang yang telah berjaya tidak memandang atau tidak lagi melihat bahawa menghormati hak asasi sesuatu yang penting.

Tuesday, May 4, 2010

Orang Asli Bantah GST






Seramai 10 orang Orang Asli telah menyertai demo membantah GST pada 1 mei 2010 yang lalu. walaupun tindakan berdemo aman adalah tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia namun bagi kerajaan negara ini ianya sesuatu yang sangat dilarang. Oleh yang demikian menyertai sesuatu demo adalah sangat membahayakan mana-mana Orang Asli di Malaysia. Namun sejak beberapa tahun ini Orang Asli sudah mula memberanikan diri untuk berdemo atau menyertai demo yang dianjur oleh rakan-rakan NGO lain. Ini kerana Orang Asli sudah menyedari bahawa jika menyampaikan kerisauan, ketidak puasan hati, tuntutan dan masalah yang dihadapi mengikut cara yang telah ditetapkan tidak juga berkesan maka cara berdemo adalah cara yang terpaksa dipilih untuk sampaikan suarahati tersebut. harapanya supaya pihak2 berkenaan/kerajaan faham apa yang sedang dihadapi oleh kami. Saya tidak dapat bayangkan jika GST dilaksanakan pada tahun hadapan, selain masyarakat miskin kota sengsara Orang Asli juga akan sengsara. keadaan ini akan lebih dirasai oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal didalam Rancangan Pengumpulan Semula RPS.

Ini kerana RPS adalah satu program kerajaan dibawah JHEOA yang mengumpulkan beberapa perkampungan Orang Asli dari wilayah adat berlainan dan dikumpulkan didalam satu kawasan. Kononnya program ini satu-satunya yang boleh membawa perubahan seperti meningkatkan kemajuan, pembangunan, kekayaan ekonomi dan penyaluran kemudahan asas kepada masyarakat Orang Asli terlibat. Ia Juga bertujuan memudahkan pengawasan oleh pihak kerajaan keatas Orang Asli. Namun ini lah hakikatnya: Tanah yang diperuntukan dalam program ini cuma tapak rumah dan juga ladang getah/sawit. Tetapi ladang tersebut juga adalah ditadbir urus oleh pihak ketiga seperti jheoa kepada risda, felcra atau felda. pekerja untuk ladang2 ini juga kebanyakannya diambil dari pendatang asing. Orang Asli cuma menunggu bayaran deviden sebanyak RM300.00- RM1,500.00 dalam tempoh setahun 1-3 kali. Keluhan yang kita dengar adalah Penghuni RPS telah menghadapi masalah dari hari pertama perpindahan berlaku dimana mereka perlu: menyesuaikan diri dengan persekitaran baru (dimana banyak kampung dikumpulkan dalam 1 tempat), tidak punyai pekerjaan, tiada kawasan untuk mencari sumber hutan bagi menyara keperluan hidup harian dan tidak punya tanah untuk bercucuk tanam. Segaja janji kemajuan, pembangunan dan keuntungan hanya sebutan dan khayalan bukan kenyataan.

Penghuni RPS sering bertelingkahan sesama mereka dalam banyak hal seperti berebut kawasan sekangkang kera untuk bercucuk tanam, kecurian terpaksa yang berlaku kerana lapar dan pelbagai lagi. Perkara diatas dialami oleh penguni 18 kampung didalam RPS Pos Betau Kuala Lipis yang akhirnya telah membuatkan 2 dari 18 kampung yang dikumpulkan disitu mengambil keputusan keluar dan kembali kekampung asal mereka. keputusan ini telah diambil oleh kampung Kenip, Sagug dan Ulu Kerayong. Mereka kembali ke kampung Asal setelah 32 tahun menetap diRPS Pos Betau. Menurut ketua kampung mereka iaitu Bek Tukar keputusan ini terpaksa diambil demi masa depan anak-anak kami. "Kami telah dituduh membenci kerajaan dan menolak JHEOA kerana berbuat demikian tetapi kami tidak kisah lah, niat kami baik, kami pun sudah benar2 tidak tahan lagi hidup merempat seperti itu".


Saturday, May 1, 2010

OA penyokong tegar UMNO BN yang buta dan tuli



Pilihan raya Hulu Selangor(HS) sudah pun selesai, pihak yg menang saya (s) percaya senyuman hingga ketelinga. dikedai kopi, tepi jalan, masa makan, masa rehat dan nak masuk tido masih bercerita soal kejayaan yg dicapai. s umpamakan keadaan ini bagai telur sebiji riuhnya sekampung. Namun semuanya tidak menghairankan lumrah Malaysia negara yang s cinta ini begini lah keadaannya "yang penting menang, tak peduli apa cara digunakan". Maka disinilah sekali lagi s melihat bagaimana dungunya Orang Asli memandang kehidupannya sebelum, sekarang dan pada masa depan.

Ceteknya pikiran Orang Asli, tumpol pula jiwa dan raganya, dengan sogokan joget, karoke tiap2 malam dari senja sampai pagi Orang Asli HS sudah lupa segalanya. arak2 yang dihidangkan dengan sedikit makanan tiap2 malam dianggap Orang Asli sebagai kurniaan yang maha agung. s percaya bukan saja anak2 muda dan lelaki dewasa bermandikan arak murahan tetapi juga anak2 kecil dan anak2 gadis. Sepanjang tempoh kempen s melihat bagaimana Orang Asli lupa diri dan membiarkan diri mereka dihanyutkan dan maruah mereka tergadai.

S ingin menjerit marah pada JHEOA, UMNO BN dan Pihak Polis yang jelas memainkan peranan mendorong suasana ini menjadi lebih teruk tetapi sebagaimana rakan2 s yang lain kami lebih memilih melihat kesalahan saudara kami Orang Asli di HS sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan Orang lain. Yang jelas semua orang perlu tahu Orang Asli di Hulu Selangor bolehlah s kategorikan sebagai yang paling mundur dan daif dari pelbagai aspek. Dan sepanjang 7hari s bersama rakan dari pahang, N.sembilan, Dengkil Selangor dan Perak berada di Hulu Selangor kami melihat dan mendengar banyak cerita tentang keruntuhan moral dan sosial keterlaluan yang berlaku disana. Namun malangnya saudara mara kami di Hulu Selangor masih tidak sedar2, mereka kelihatan bahagia sekadar dihidangkan makanan sepinggan dan arak2 murahan sambil berjoget sampai pagi.

Tok Batin dan pengerusi JKK tiap2 kampung pula yang bertindak secara sukarela menghalau kami orang sebangsa dan senasib untuk keluar daripada kampung mereka. Kami telah berusaha sampaikan berita baik, namun saudara kami di HS memilih juga UMNO BN dengan penuh setianya. s cuma berdoa semoga sokongan tegar mereka dihargai sepenuhnya oleh JHEOA, UMNO BN jangan sampai sekali lagi habis madu hampas dibuang.

S berdoa juga supaya bila s kembali melawat mereka suatu hari nanti tiada lagi rumah2 berupa reban ayam ditepi jalan, tidak lagi mereka kelihatan seperi setinggan atau PATI, tidak lagi mereka terhoyong-hayang mabuk arak murahan dikali-kali lima kedai2 dipekan KKB dan tidak lagi s mendengar anak2 gadis mempunyai anak luar nikah sehingga 4/5 orang seorang. Namun kesedihan s tidak habis ketika ada di HS, bila sekembali kekampung s pula, saudara mara s dikampung Chang Baru turut berjoget sampai pagi selama 3 hari berturut2 meraikan kemenangan BN di HS, mereka lupa mereka juga mangsa kerakusan UMNO BN bila dihalau seperti anjing kurap dari kampung halaman mereka iaitu kampung bt.8 jln mengkuang teluk Intan perak pada 1960. Nenek moyang kami telah berbelas kasihan terima mereka dan membri segala bantuan selama beberapa tahun sehingga mereka mampu memulihkan kehidupan mereka kembali. Namun sekarang ini setelah mereka berjaya hidup dengan selesa diatas sebahagian wilayah Tanah Adat kami, mereka lupa diri dan lupa daratan. Mereka berjoget, menyanyi makan minum sampai pagi meraikan kemenangan BN yang selama ini telah mendaifkan kehidupan saudara senasib di HS.

Kalau lah s boleh sampai hati membiarkan keadaan ini, s pun boleh berpesta, minum arak dan joget sampai pagi, tak peduli orang panggil s peminta sedekah jual maruah, tiada harga diri dan kaki arak..yang penting tiap kali undi s sokong BN dan tugas s sebagai manusia dan rakyat selesai..

Friday, April 16, 2010

Pembalakan di Wilayah Tanah Adat Kg. OA Pos Bersih dan Gesau Ulu Slim Perak


PENGENALAN:
Kampung Pos Bersih dan Gesau di Ulu Slim Slim River adalah perkampungan yang di diami oleh masyarakat Orang Asli suku Semai. ianya hanya terletak kira-kira 1 kilo meter dari perkampungan Orang Melayu Ulu Slim.

menurut orang-orang dewasa ke dua kampung ini, perkampungan mereka ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun. ke dua kampung ini bersempadanan wilayah Tanah Adat yang telah ditadbir dan dilindungi masing-masing dengan penuh hormat oleh kedua belah pihak. Namun masa telah banyak merubah keadaan , apabila sebahagian dari wilayah adat mereka diambil untuk menjadi perkampungan Melayu, kawasan pelancongan, ladang-ladang sawit milik anak syarikat RISDA dan juga kawasan pengambilan pasir haram dan pembalakan.

Akibat dari pencerobohan ini kedua kampung terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan keperitan hidup. mereka bukan saja kehilangan wilayah tanah adat , sejarah, tanaman dan sumber semulajadi tetapi bakal hidup tersepit dan terhimpit kerana terkepung dengan segala projek mega milik orang lain.

Sekarang hutan wilayah Tanah Adat sekeliling sedang dimusnah dengan rakus oleh pembalak-pembalak dari anak syarikat RISDA. Tidak cukup dengan itu penduduk kampung telah difitnah oleh pembalak kononnya mereka merosakan jentera pembalakan. penduduk kampung telah didatangi polis dan disoal siasat dan beberapa kali juga penduduk cuba membuat laporan atas tuduhan ini namun pihak balai polis pula tidak mahu menerima aduan mereka.

Masih segar dalam ingatan penduduk kampung: Pada April 2009 Sultan Perak dengan seluruh agensi kerajaan telah membuat lawatan ke Kampung Pos Bersih dan Kampung Gesau. Pada lawatan tersebut Sultan Azlan Shah dan Menteri Besar BN iaitu Datuk Zamri Abdul Kadir sendiri telah menegaskan bahawa "Wilayah Tanah Adat Orang Asli akan dilindungi." Namun apa yang sedang dialami oleh kedua buah kampung ini sekarang adalah bertentangan dengan apa yang pernah ditegaskan oleh mereka. kini penduduk ke dua kampung bagai hilang arah, jeritan mereka tidak sampai mana-mana dan tidak dipedulikan. mereka sedang lemas mencari keadilan...setiap kali hujan mereka terpaksa minum dan mandi air susu pekat.

Tok Batin kampung Gesau memberi tahu kami bahawa tanah yang di ceroboh dan di balak sekarang adalah tanah adat mereka, di mana tanaman lama seperti pokok-pokok petai, durian dan sebagainya terdapat di kawasan tersebut. yang paling menyedihkan kami adalah kubur-kubur lama iaitu kubur nenek moyang mereka yang ada di kawasan tanah adat tersebut juga turut di musnahkan oleh pihak pembalak. sekarang kami dituduh merosakan jentera balak dan bila buat aduan pada polis, polis pula tak terima....siapa boleh menjawab perkara ini...?

tujuan blog


Tujuan blog ini dibuka adalah untuk berkongsi berita berkenaan perkembangan semasa masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. sebagaimana yang semua sedia maklum banyak kesusahan dan keperitan hidup yang menimpa Orang Asli di setiap pelusuk negara ini tidak diketahui umum. Berita-berita yang sering keluar di dada akhbar terutamanya media arus perdana hanya memaparkan cerita gembira dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Harus dijelaskan tujuan perkongsian ini bukan menafikan perkara yang baik yang pernah disumbangkan kepada Orang Asli tetapi tidak adil jika itu digunakan sebagai alasan menyembunyikan kepincangan dalam pentadbiran dan perhatian yang dibuat keatas Orang Asli sehingga akibatkan kesusahan dan keperitan terhadap nasib Orang Asli sehingga pada hari ini. sudah sampai masanya semua cerita harus dipaparkan semoga dengan ini semua pihak samada Orang Asli sendiri, kerajaan dan rakyat Malaysia umumnya tahu apa yang sedang dihadapi oleh Orang Asli selaku Orang Asal negera ini yang sering dilaungkan sebagai anak emas kerana mendapat peruntuk kerajaan berjuta-juta ringgit. semoga dengan paparan cerita-cerita yang dikongsikan akan insafkan kita semua atas kesilapan, kepincangan, kegagalan dan dosa yang kita buat. selain itu tuntutan yang merupakan harapan kepada perkongsian ini adalah kebangkitan bersama untuk mencari jalan penyelesaian dan selesai isu-isu ini. oleh itu saya mengalu-alukan rakan-rakan seperjuangan membantu saya dengan menyumbang cerita-cerita, kejadian dan sebagainya yang menimpa dan sedang dialami mana Orang Asli untuk dihantar kepada saya melalui email saya supaya dapat kita paparkan dalam blog ini.

terima kasih: Salam Damai dan Kasih.
H.T