Monday, May 10, 2010

sekolah bukan penyelesaian kepada isu OA

bengang dibuatnya bila pikirkan pandangan orang pada orang asli, apa tidaknya cakap saja pasal orang asli semua akan pikir soal kemiskinan yang dihadapi. dan orang-orang ini akan bercakap soal penyelesaian kepada kemiskinan ini iaitu anak-anak orang asli harus keluar dari pendalaman hadiri sekolah-sekolah yang wujud bagai cendawan tumbuh. kerana alasannya hanya dengan bersekolah, berpendidikan dan berilmu saja orang asli akan keluar dari kancah kemiskinan ini.

salahkah pendapat ini?
tidak salah tapi soalnya adakah hanya ini satu-satu jalan penyelesaian? berapa anak-anak yang boleh dihantar/hadiri sessi persekolah, berapa lama masa yang perlu ditunggu mereka habis alam persekolahan dapat kerja dan berjaya. bukankah tempoh ini sangat lama dan ketika/semasa tempoh menunggu OA lain sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. siapa dan bagaimana masalah ini harus diselesai.

sepatutnya isu Orang Asli harus diselesaikan dengan mencari punca yang sebabkan masalah miskin tegar muncul. kerana kemunduran dan kemiskinan tegar yang dihadapi oleh Orang Asli bukan keadaan semulajadi tetapi ia timbul disebabkan dasar dan polisi pelbagai aspek yang negara kita cipta. yang mana hampir kesemuanya mengorbankan kehidupan, masa depan, sejarah, lagenda, adat budaya dan jatidiri Orang Asli. dan sekali gus membunuh hak asasi Orang Asli sebagai Penghuni Asal kepulauan ini. Atas nama pembangunan, kemajuan, kemodenan dan kecanggihan teknoloji berdaya saing kebanyakan Orang-orang yang telah berjaya tidak memandang atau tidak lagi melihat bahawa menghormati hak asasi sesuatu yang penting.

No comments:

Post a Comment