Saturday, May 1, 2010

OA penyokong tegar UMNO BN yang buta dan tuli



Pilihan raya Hulu Selangor(HS) sudah pun selesai, pihak yg menang saya (s) percaya senyuman hingga ketelinga. dikedai kopi, tepi jalan, masa makan, masa rehat dan nak masuk tido masih bercerita soal kejayaan yg dicapai. s umpamakan keadaan ini bagai telur sebiji riuhnya sekampung. Namun semuanya tidak menghairankan lumrah Malaysia negara yang s cinta ini begini lah keadaannya "yang penting menang, tak peduli apa cara digunakan". Maka disinilah sekali lagi s melihat bagaimana dungunya Orang Asli memandang kehidupannya sebelum, sekarang dan pada masa depan.

Ceteknya pikiran Orang Asli, tumpol pula jiwa dan raganya, dengan sogokan joget, karoke tiap2 malam dari senja sampai pagi Orang Asli HS sudah lupa segalanya. arak2 yang dihidangkan dengan sedikit makanan tiap2 malam dianggap Orang Asli sebagai kurniaan yang maha agung. s percaya bukan saja anak2 muda dan lelaki dewasa bermandikan arak murahan tetapi juga anak2 kecil dan anak2 gadis. Sepanjang tempoh kempen s melihat bagaimana Orang Asli lupa diri dan membiarkan diri mereka dihanyutkan dan maruah mereka tergadai.

S ingin menjerit marah pada JHEOA, UMNO BN dan Pihak Polis yang jelas memainkan peranan mendorong suasana ini menjadi lebih teruk tetapi sebagaimana rakan2 s yang lain kami lebih memilih melihat kesalahan saudara kami Orang Asli di HS sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan Orang lain. Yang jelas semua orang perlu tahu Orang Asli di Hulu Selangor bolehlah s kategorikan sebagai yang paling mundur dan daif dari pelbagai aspek. Dan sepanjang 7hari s bersama rakan dari pahang, N.sembilan, Dengkil Selangor dan Perak berada di Hulu Selangor kami melihat dan mendengar banyak cerita tentang keruntuhan moral dan sosial keterlaluan yang berlaku disana. Namun malangnya saudara mara kami di Hulu Selangor masih tidak sedar2, mereka kelihatan bahagia sekadar dihidangkan makanan sepinggan dan arak2 murahan sambil berjoget sampai pagi.

Tok Batin dan pengerusi JKK tiap2 kampung pula yang bertindak secara sukarela menghalau kami orang sebangsa dan senasib untuk keluar daripada kampung mereka. Kami telah berusaha sampaikan berita baik, namun saudara kami di HS memilih juga UMNO BN dengan penuh setianya. s cuma berdoa semoga sokongan tegar mereka dihargai sepenuhnya oleh JHEOA, UMNO BN jangan sampai sekali lagi habis madu hampas dibuang.

S berdoa juga supaya bila s kembali melawat mereka suatu hari nanti tiada lagi rumah2 berupa reban ayam ditepi jalan, tidak lagi mereka kelihatan seperi setinggan atau PATI, tidak lagi mereka terhoyong-hayang mabuk arak murahan dikali-kali lima kedai2 dipekan KKB dan tidak lagi s mendengar anak2 gadis mempunyai anak luar nikah sehingga 4/5 orang seorang. Namun kesedihan s tidak habis ketika ada di HS, bila sekembali kekampung s pula, saudara mara s dikampung Chang Baru turut berjoget sampai pagi selama 3 hari berturut2 meraikan kemenangan BN di HS, mereka lupa mereka juga mangsa kerakusan UMNO BN bila dihalau seperti anjing kurap dari kampung halaman mereka iaitu kampung bt.8 jln mengkuang teluk Intan perak pada 1960. Nenek moyang kami telah berbelas kasihan terima mereka dan membri segala bantuan selama beberapa tahun sehingga mereka mampu memulihkan kehidupan mereka kembali. Namun sekarang ini setelah mereka berjaya hidup dengan selesa diatas sebahagian wilayah Tanah Adat kami, mereka lupa diri dan lupa daratan. Mereka berjoget, menyanyi makan minum sampai pagi meraikan kemenangan BN yang selama ini telah mendaifkan kehidupan saudara senasib di HS.

Kalau lah s boleh sampai hati membiarkan keadaan ini, s pun boleh berpesta, minum arak dan joget sampai pagi, tak peduli orang panggil s peminta sedekah jual maruah, tiada harga diri dan kaki arak..yang penting tiap kali undi s sokong BN dan tugas s sebagai manusia dan rakyat selesai..

No comments:

Post a Comment