Tuesday, May 4, 2010

Orang Asli Bantah GST






Seramai 10 orang Orang Asli telah menyertai demo membantah GST pada 1 mei 2010 yang lalu. walaupun tindakan berdemo aman adalah tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia namun bagi kerajaan negara ini ianya sesuatu yang sangat dilarang. Oleh yang demikian menyertai sesuatu demo adalah sangat membahayakan mana-mana Orang Asli di Malaysia. Namun sejak beberapa tahun ini Orang Asli sudah mula memberanikan diri untuk berdemo atau menyertai demo yang dianjur oleh rakan-rakan NGO lain. Ini kerana Orang Asli sudah menyedari bahawa jika menyampaikan kerisauan, ketidak puasan hati, tuntutan dan masalah yang dihadapi mengikut cara yang telah ditetapkan tidak juga berkesan maka cara berdemo adalah cara yang terpaksa dipilih untuk sampaikan suarahati tersebut. harapanya supaya pihak2 berkenaan/kerajaan faham apa yang sedang dihadapi oleh kami. Saya tidak dapat bayangkan jika GST dilaksanakan pada tahun hadapan, selain masyarakat miskin kota sengsara Orang Asli juga akan sengsara. keadaan ini akan lebih dirasai oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal didalam Rancangan Pengumpulan Semula RPS.

Ini kerana RPS adalah satu program kerajaan dibawah JHEOA yang mengumpulkan beberapa perkampungan Orang Asli dari wilayah adat berlainan dan dikumpulkan didalam satu kawasan. Kononnya program ini satu-satunya yang boleh membawa perubahan seperti meningkatkan kemajuan, pembangunan, kekayaan ekonomi dan penyaluran kemudahan asas kepada masyarakat Orang Asli terlibat. Ia Juga bertujuan memudahkan pengawasan oleh pihak kerajaan keatas Orang Asli. Namun ini lah hakikatnya: Tanah yang diperuntukan dalam program ini cuma tapak rumah dan juga ladang getah/sawit. Tetapi ladang tersebut juga adalah ditadbir urus oleh pihak ketiga seperti jheoa kepada risda, felcra atau felda. pekerja untuk ladang2 ini juga kebanyakannya diambil dari pendatang asing. Orang Asli cuma menunggu bayaran deviden sebanyak RM300.00- RM1,500.00 dalam tempoh setahun 1-3 kali. Keluhan yang kita dengar adalah Penghuni RPS telah menghadapi masalah dari hari pertama perpindahan berlaku dimana mereka perlu: menyesuaikan diri dengan persekitaran baru (dimana banyak kampung dikumpulkan dalam 1 tempat), tidak punyai pekerjaan, tiada kawasan untuk mencari sumber hutan bagi menyara keperluan hidup harian dan tidak punya tanah untuk bercucuk tanam. Segaja janji kemajuan, pembangunan dan keuntungan hanya sebutan dan khayalan bukan kenyataan.

Penghuni RPS sering bertelingkahan sesama mereka dalam banyak hal seperti berebut kawasan sekangkang kera untuk bercucuk tanam, kecurian terpaksa yang berlaku kerana lapar dan pelbagai lagi. Perkara diatas dialami oleh penguni 18 kampung didalam RPS Pos Betau Kuala Lipis yang akhirnya telah membuatkan 2 dari 18 kampung yang dikumpulkan disitu mengambil keputusan keluar dan kembali kekampung asal mereka. keputusan ini telah diambil oleh kampung Kenip, Sagug dan Ulu Kerayong. Mereka kembali ke kampung Asal setelah 32 tahun menetap diRPS Pos Betau. Menurut ketua kampung mereka iaitu Bek Tukar keputusan ini terpaksa diambil demi masa depan anak-anak kami. "Kami telah dituduh membenci kerajaan dan menolak JHEOA kerana berbuat demikian tetapi kami tidak kisah lah, niat kami baik, kami pun sudah benar2 tidak tahan lagi hidup merempat seperti itu".


No comments:

Post a Comment